Saturday, May 26, 2012

SME Corp



LATAR BELAKANG

Pada tahun 2007, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (Majlis) memutuskan agar satu Agensi Penyelaras Pusat PKS ditubuhkan bagi menggubal dasar umum serta menyelaras pelaksanaan program EKS meliputi semua sektor ekonomi di semua Kementerian dan Agensi berkaitan. Dalam hal ini, Perbadanan Perusahaaan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang ditubuhkan pada 2 Mei 1996 telah diberikan tanggungjawab untuk bertindak sebagai Agensi Penyelaras Pusat ini dengan dijenamakan semula sebagai Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia). SME Corp. Malaysia telah beroperasi secara rasmi pada 2 Oktober 2009 dan merupakan pusat rujukan setempat bagi EKS di Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat. Di samping itu, SME Corp. Malaysia juga menyelaraskan, mengawasi dan menilai pelaksanaan dasar, strategi dan program bagi EKS merentasi semua sektor ekonomi selaras dengan matlamat Majlis.



Enterpris MikroEnterpris KecilEnterpris Sederhana
Perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas taniNilai jualan tahunan kurang daripada RM250,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerjaNilai jualan tahunan antara RM250,000 dan kurang daripada RM10 juta atau pekerja sepenuh masa antara 5 dan 50 orang pekerjaNilai jualan tahunan antara RM10 juta dan RM25 juta atau pekerja sepenuh masa antara 51 dan 150 orang pekerja
Perkhidmatan, Pertanian Asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
Nilai jualan tahunan kurang daripada RM200,000 atau pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang pekerja
Nilai jualan tahunan antara RM200,000 dan kurang daripada RM1 juta atau pekerja sepenuh masa antara 5 dan 19 orang pekerja
Nilai jualan tahunan antara RM1 juta dan RM5 juta atau pekerja sepenuh masa antara 20 dan 50 orang pekerja

Kategori PKS

Perkilangan perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani
"Enterpris kecil dan sederhana dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan dan industri asas tani dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM25 juta."
Perkhidmatan, Pertanian Asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
"Enterpris kecil dan sederhana dalam sektor perkhidmatan, pertanian asas dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) dengan pekerja sepenuh masa tidak melebihi 50 atau nilai jualan tahunan tidak melebihi RM5 juta."